BidVertiser

Sunday, 7 August 2011

Hotlist-Hotlist Bulan perpaduan islam dan pembebasan Al-Quds(Al-aqsa)sedunia

Palestin, Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa berada pada kedudukan dan tempat yang terhormat di
hati kaum muslimin seluruh dunia. Islam telah menempatkan dan menambah kemuliaan bagi
Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa melalui ungkapan ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkannya
sebagai negeri penuh berkah dan suci.
Kemuliaan dan penghormatan pun semakin bertambah dengan Isra Rasulullah SAW, dimana
beliau menjadi imam solat bagi para nabi dan rasul AS di Masjid Al-Aqsa. Hal ini menegaskan
bahawa Islam adalah kalimat Allah terakhir bagi manusia sekaligus menunjukkan bahawa
Shibghah (warna) terakhir bagi Al-Aqsadi dalam Syariat Allah adalah Shibghah Islam hingga
hari Kiamat, maka jelaslah bahawa Al-Aqsa menjadi milik ummat ini. Semua itu diabadikan
dalam puncak kefasihan firman-Nya: Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya
dimalam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati

Dan saat ini, Al-Quds dan Palestin yang diberkati menjadi tawanan tangan-tangan Yahudi
yang membuat luka mendalam di hati setiap Muslim, menyuburkan kerinduan untuk
membebaskan Masjid Al-Aqsa dan melakukan solat di dalamnya.
Dari sini, Hari Al-Quds menjadi sangat penting bagi hati kaum muslimin seluruh dunia. Para mahasiswa Muslim, sebagaimana lazimnya-menjadi pelopor ummat dalam memperingati hari bersejarah ini, sekalugus memelihara permasalahan Palestin agar tetap hidup di hati umat Islam.

SEJARAH AL-QUDS DAN KHUTBAH KHAS DLM BENTUK PDF

Khutbah Jumaat _Khas_.pdf

Sejarah Al-Quds.pdf

VIDEO UNTUK TATAPAN

http://www.youtube.com/watch?v=JhoF5JYFRaM

http://www.youtube.com/watch?v=RJZei6cg-M0&feature=related

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment